TEMBOK BESAR CINA
sumber : the malaysian lifestyle media
Sejarah Awal Di Bangunnya Tembok Besar China - Tembok Besar China adalah
salah satu tujuh dari keajaiban dunia dan sebagai tempat objek
pelancongan yang banyak di kunjungi oleh para pelancong tempatan mahupun
luar negara. Tahu gak, Konon, beribu-ribu pekerja yang tewas dalam
pembuatan tembok tersebut juga ditanam dalam bangunan tersebut. Tembok
terpanjang di dunia ini dibuat selama berabad-abad, bahkan hingga 5
dinasti. Wajar saja jika ribuan orang meninggal dalam pembuatan tembok
raksasa ini.
Pada zaman masa kerajaan China, tembok ini digunakan sebagai benteng
pertahanan ketenteraan kuno yang menghabiskan masa atau masa pembangunan
yang sangat lama dengan saiz paling besar di dunia. Tembok China
terlihat megah melintang mulai dari bahagian barat sampai ke bahagian
timur China dengan panjang 7,000 kilometer!. Sejarah Pembangunan Tembok
China di sepanjang Tasik Great Wall boleh dicari sampai abad ke 9
Sebelum Masehi. Pada masa itu kerajaan di bahagian tengah China
menyambung benteng dan menara api menjadi satu tembok yang panjang.
Sambungan tersebut merupakan tempat penjagaan tentera di sempadan dengan
tujuan untuk lebih mudah mengetahui adanya serangan etnik tertentu yang
datang dari bahagian utara China. Pada masa pemimpin Chunqiu, antara
kerajaan memang sangat sering berperang. Dan Negara atau kerajaan
bahagian yang dipimpin pangeran semata-mata demi keselamatan, lalu
berturut-turut membina tembok besar sebagai benteng pertahanan diatas
bukit dan gunung yang terletak di kawasan sempadan.
Pada tahun 221 SM, Maharaja Qinshihuang mengeluarkan perintah,
tembok-tembok yang telah dibina oleh pelbagai negara bahagian disambung
menjadi satu tembok besar, dan berfungsi sebagai kubu pertahanan untuk
mempertahankan serangan pasukan kavaleri etnik nomad di padang rumput
Mongolia yang terletak di China Utara. Pada masa itu Tekbom China
mempunyai panjang mencapai 5.000 kilometer lebih, dan pada masa
pemerintaha dinasti Qin, tembok China kembali dilanjutkan sehingga
mencapai 10,000 kilometer lebih.
Dalam catatan sejarah pembangunan tembok china, telah menghabiskan masa
selama lebih dari 2000 tahun dengan berganti pengusa di pelbagai zaman
yang tidak pernah berhenti dalam membina tembok tersebut hingga mencapai
total panjangnya mencapai 50,000 kilometer. Ini merupakan ukuran
panjang yang cukup untuk mengelilingi bumi satu kali lebih.
Tembok China yang kita lihat dibina sekitar pada zaman Dinasti Ming yang
berkuasa antara tahun 1368 hingga 1644. Sementara ujung baratnya
berpangkal pada benteng Jiau yang terletak di Negeri Gansu, China Barat,
sedangkan ujung timur terletak di pinggir Sungai Yalu yang terletak di
wilayah Liaoning, China Timur. Terhitung dari barat sampai ke timur,
tembok china telah melewati 9 wilayah, bandar dan daerah autonomi
sepanjang 7.300 kilometer, dan sama dengan 14 ribu li China. Sementara
itu "Tembok besar tersebut disebut sebagai tembok panjang 10 ribu li di
China," di ungkapkan oleh li Wuhan, yang berperanan sebagai pemandu
pelancong sebuah agensi perjalanan di Beijing. Dengan demikian, tidak
cukup satu hari untuk kita menjalani panjangnya Tembok China.
Sebagai benteng pertahanan, tembok china dibina mengikuti arahnya puncak
pergunungan. Topografi yang dilintasi sangat rumit dan rawan. Untuk
menyesuiakan diri dengan pelbagai topografi, pelaksanaan pembangunan
tembok china melaksanakan struktur yang luar biasa dan berbeza-beza.
Semuanya menunjukkan kecerdasan nenek moyang bangsa Cina tentunya.
Tembok China yang berliku-liku memanjang dan menyusuri puncak
pergunungan hampir mustahil untuk ditawan oleh musuh pada zaman dahulu.
Kerana gunung dan lereng yang curam menjadi halangan untuk dilalui.
Menurut Li sebagai pemandu kedua di Beijing, di tubuh tembok besar
dibina dengan batu besar berbaur dengan tanah dan batu pecahan, dengan
ketingian tembok mencapai 10 meter dan lebar 5 meter, yang dianggarkan
cukup untuk 4 ekor kuda yang ditunggangi pasukan perang rondaan
berdampingan. Dengan adanya benteng tersebut, tentera sangat mudah untuk
melakukan manuver serta mengangkut bahan makanan dan senjata. Pada sisi
dalam tembok telah dilengkapi dengan pintu dan tangga untuk naik turun.
Tembok China dibina dengan benteng atau menara api pada setiap
bahagian.
Pada masing-masing menara api itu, anda boleh menyaksikan pemandangan
alam yang begitu indah. Sementara itu, liku-liku anak tembok
menjadikannya bentuk yang unik yang boleh kita saksikan. Pada masanya,
didalam menara api tersimpan senjata dan bahan pangan. Seluruh menara
api akan dinyalakan bila musuh datang, sehingga kabar tersebut langsung
disampaikan ke seluruh negeri dalam masa yang sangat singkat.
Selain tempat simpanan pelbagai keperluan, benteng dan menara api yang
terdapat di tembok China juga difungsikan sebagai tempat rehat bagi
askar pada masa damai, sekaligus kubu pertahanan untuk menangkis
serangan musuh pada waktu berperang. Jika anda berjalan di tembok China ,
anda boleh menggunakan menara api tersebut sebagai tempat melepaskan
lelah setelah berjalan sekian kilometer menapaki anak tangga.
0 komentar:
Posting Komentar